Azzahra Bidara - gambar cover

🌿 SELAMAT DATANG KE LAMAN AZZAHRA BIDARA 🌿

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 🀲

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kerana membuat pembelian Azzahra Bidara Vapour Rub serta memilih untuk bersama kami, Keluarga Azzahra Bidara.

Pembelian anda bukan sekadar menjadikan anda seorang pelanggan, malah membuka peluang untuk anda menyertai PROGRAM INFAQ DAN KONGSI REZEKI - FASA PENGENALAN.

Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda dalam keluarga Azzahra Bidara. Bermula dari sini, anda akan dibimbing untuk memahami perjalanan program, kaedah pemasaran dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mula berkongsi produk kepada rakan-rakan serta kenalan anda.

🎯 Langkah pertama anda sangat mudah:

Mulakan dengan menghubungi 5 orang rakan terdekat dan kongsikan maklumat mengenai Azzahra Bidara serta Program Infaq & Kongsi Rezeki kepada mereka.

Salam, Nak cuba jadi *Affiliate TikTok* tak? Modal cuma *RM100.00.* Ada peluang dapat lebih *RM10K.* Kita buat bagi jadi, InSya-Allah. Kalau minat, bagi tahu cepat. Tinggal 5 tempat sahaja lagi. Pakat² support business sahabat kita. 😊 *Setiap kejayaan bermula dengan satu langkah penuh keberanian. Buang segala keraguan yang membunuh impian.*

Apabila mereka berminat, kongsikan LAMAN PROMOSI AFFILIATE milik anda sendiri supaya setiap pembeli akan mendapat Maklumat Lengkap Leader dan Maklumat Lengkap Anda selaku Affiliate.

Semoga pembeli juga terbuka hati, secara sukarela dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran turut menyalurkan Infaq kepada Leader Anda dan juga kepada Anda selaku Affiliate berdasarkan saranan Azzahra Bidara.

🀝 Leader anda akan membantu dan membimbing anda.

Sekiranya terdapat perkara yang kurang jelas, jangan malu untuk bertanya di dalam WhatsApp Group. Group ini diwujudkan sebagai tempat kita berkongsi maklumat, perkembangan, pengalaman dan membantu antara satu sama lain.

🌿 Matlamat kita bukan sekadar menjual produk.

Kita mahu membina satu rangkaian yang saling membantu, berkongsi peluang dan membuka ruang kepada lebih ramai orang untuk memperoleh manfaat melalui usaha masing-masing.

Semoga penyertaan anda dalam Program Infaq & Kongsi Rezeki – Fasa Pengenalan menjadi permulaan kepada sesuatu yang baik, dipermudahkan segala urusan dan diberikan keberkatan dalam setiap usaha. 🀲

Selamat datang sebagai Affiliate Azzahra Bidara! πŸ’œ

🌿 Bermula sebagai pembeli, berkembang sebagai Affiliate, dan bersama-sama berkongsi rezeki.

MODEL SARANAN INFAQ

Selepas membuat pembelian, anda disarankan untuk menyalurkan infaq secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, kepada Leader dan Affiliate yang mempromosikan produk kepada anda.

Maklumat Leader dan Maklumat Affiliate serta jumlah infaq yang disarankan, boleh didapati di Laman Promosi Affiliate yang mempromosikan produk kepada anda.

Setiap Affiliate disarankan menjual produk kepada hanya 5 orang Pembeli yang mahu membeli produk dan juga kemudiannya secara sukarela, ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran mahu menyertai Program Infaq dan Kongsi Rezeki.

INFAQ UNTUK LEADER DAN AFFILIATE

Berdasarkan kiraan Matematik apabila kesemua 5 peserta menyalurkan infaq sebanyak RM20.00, Affiliate akan menerima infaq sebanyak RM20.00 x 5 peserta = RM100.00

Berdasarkan kiraan Matematik apabila kesemua 25 peserta menyalurkan infaq sebanyak RM50.00, Leader akan menerima infaq sebanyak RM50.00 x 5 Affiliate x 5 peserta = RM1,250.00

Ini adalah pengiraan Matematik bagaimana seorang Leader dan Seorang Affilate boleh dibantu melalui infaq oleh Peserta-peserta Program.

Pengiraan Matematik ini berdasarkan senario apabila susunan Infaq lengkap. Ia bukan jaminan jumlah Infaq yang akan diterima oleh setiap peserta.

Sila rujuk penerangan terperinci di dalam Laman Promosi Affiliate bagi memahami bagaimana Program Infaq dan Kongsi Rezeki Azzahra Bidara dilaksanakan.

LAMAN PROMOSI AFFILIATE MILIK ANDA

Selepas menyalurkan Infaq kepada Leader dan Affiliate, anda boleh menghasilkan Laman Promosi Affiliate milik anda sendiri. Caranya cukup mudah, anda hanya copy (salin) dan paste (tampal) maklumat yang diperlukan.

Untuk mula menghasilkan Laman Promosi Affiliate milik anda sendiri, klik pada tajuk 'TATACARA MENGHASILKAN LAMAN PROMOSI AFFILIATE'.

Buka Laman Affiliate Azzahra Bidara

TATACARA MENGHASILKAN LAMAN PROMOSI AFFILIATE

Peserta boleh menghasilkan Laman Promosi Affiliate sendiri dengan mudah tanpa perlu membina website atau menulis kod. Anda hanya perlu memasukkan Maklumat Leader dan Maklumat Affiliate yang diperlukan melalui kaedah Copy & Paste.

Caranya:

  1. Tekan butang gambar di atas untuk membuka Laman Maklumat Affiliate Azzahra Bidara.
  2. Masukkan MAKLUMAT AFFILIATE yang mempromosikan Produk kepada anda ke dalam kotak MAKLUMAT LEADER.

    Maklumat ini boleh anda dapati di LAMAN PROMOSI AFFILIATE milik beliau di bahagian MAKLUMAT AFFILIATE.

    Maklumat Affiliate sebelum ini, perlu dimasukkan ke dalam Maklumat Leader kerana apabila anda menjadi AFFILIATE baharu, secara Automatik Affiliate sebelum ini menjadi LEADER anda.

  3. Masukkan MAKLUMAT ANDA ke dalam kotak MAKLUMAT AFFILIATE.

    Maklumat Anda, perlu dimasukkan ke dalam kotak Maklumat Affiliate kerana dengan membeli produk Azzahra Bidara, Anda secara Automatik turut dilantik menjadi Affiliate Baharu Azzahra Bidara.

  4. Semak semula maklumat yang telah dimasukkan supaya tiada kesilapan.
  5. Tekan butang HASILKAN LAMAN PROMOSI AFFILIATE untuk menghasilkan Laman Promosi Affiliate anda.
  6. Sistem akan menghasilkan pautan Laman Promosi Affiliate yang unik berdasarkan maklumat yang anda masukkan.
  7. Tekan butang Salin untuk menyalin pautan tersebut dan kemudian paste di dalam aplikasi whatsapp anda.
  8. Selepas tekan paste, pastikan dahulu gambar laman dipaparkan kemudian baru tekan hantar.
  9. Anda boleh kongsikan laman ini untuk membuat promosi serta berkongsi kepada bakal pembeli.

Mudah sahaja β€” tekan butang gambar, Copy & Paste maklumat, Tekan Hasilkan dan Laman Promosi Affiliate anda siap untuk digunakan.

Jika tersalah memasukkan maklumat, kembali ke Laman Generator dan hasilkan semula pautan dengan maklumat yang betul.

PENYALURAN INFAQ MELALUI TOUCH ’N GO eWALLET

Penyaluran Infaq Melalui Touch ’n Go eWallet

Bagi memudahkan urusan penyaluran Infaq antara Peserta, Affiliate dan Leader, Touch ’n Go eWallet digunakan sebagai kaedah utama yang disarankan dalam Program Infaq dan Kongsi Rezeki Azzahra Bidara.

Penggunaan Touch ’n Go eWallet dipilih bagi mewujudkan keseragaman kaedah penyaluran Infaq, di samping memudahkan Peserta membuat pindahan tanpa perlu menggunakan kaedah yang berbeza-beza.

Touch ’n Go eWallet juga merupakan antara aplikasi eWallet yang digunakan secara meluas dan mudah diakses melalui telefon pintar. Ini menjadikan proses penyaluran Infaq lebih ringkas dan mudah untuk dilakukan serta disemak.

Selepas penyaluran infaq dibuat, Peserta disarankan menyimpan bukti transaksi sebagai rekod peribadi dan rujukan sekiranya diperlukan.

Penggunaan Touch ’n Go eWallet hanyalah sebagai medium untuk memudahkan penyaluran Infaq dan tidak mengubah prinsip bahawa Infaq diberikan secara sukarela berdasarkan kemampuan, pilihan dan keikhlasan masing-masing.

Group WhatsApp Leader

πŸ“± WHATSAPP GROUP LEADER & AFFILIATE

Setiap Affiliate Azzahra Bidara perlu mempunyai WhatsApp Group sebagai saluran komunikasi utama antara Leader dan Affiliate di bawah bimbingannya.

Setiap Affiliate turut disarankan untuk menjual produk kepada hanya 5 orang pembeli yang membeli produk dan kemudian menyalurkan infaq kepada Leader dan Affiliate dengan Ikhlas hati tanpa sebarang paksaan atau niat untuk mendapat sesuatu ganjaran.

Affiliate yang telah mempunyai pembeli produk secara Automatik menjadi Leader dan perlu membina WhatsApp Group yang akan terdiri daripada Affiliate selaku Leader bersama 5 orang Pembeli baharu selaku Affiliate baharu di bawahnya.

Group Whatsapp ini penting sebagai saluran bagi memastikan komunikasi, penyampaian maklumat dan perkembangan setiap Affiliate dapat diselaraskan dengan lebih teratur.

🎯 TUJUAN WHATSAPP GROUP

  1. Menyalurkan Maklumat

    WhatsApp Group menjadi saluran utama untuk Leader menyampaikan maklumat, panduan, tutorial, bahan pemasaran serta sebarang perkembangan terkini berkaitan pemasaran produk kepada semua Affiliate di bawah bimbingannya.

  2. Mengemas Kini Status & Pencapaian Affiliate

    Setiap Affiliate disarankan mengemas kini perkembangan masing-masing melalui WhatsApp Group. Apabila seseorang Affiliate telah berjaya membuat 5 penjualan produk, Affiliate tersebut disarankan untuk memaklumkan pencapaian tersebut di dalam WhatsApp Group supaya Leader dan ahli kumpulan dapat mengambil maklum bahawa sasaran 5 jualan Affiliate telah berjaya dicapai.

  3. Berkongsi Masalah & Mendapatkan Bantuan

    WhatsApp Group turut menjadi tempat untuk Affiliate berkongsi masalah atau persoalan yang dihadapi, khususnya berkaitan pemasaran produk, penggunaan TikTok Affiliate, penghasilan bahan promosi dan proses mendapatkan jualan.

    Dengan perkongsian secara berkumpulan, sesuatu masalah boleh dibincangkan bersama dan pengalaman seorang Affiliate juga boleh membantu Affiliate yang lain.

  4. Mengeratkan Ikatan Ukhuwah

    Selain urusan pemasaran, WhatsApp Group diwujudkan untuk membina dan mengeratkan ikatan ukhuwah antara Leader dan semua Affiliate. Kita mahu membentuk sebuah kumpulan yang saling membantu, memberi semangat, berkongsi pengalaman dan menyokong antara satu sama lain dalam usaha membina perkembangan secara bersama.

Info Grafik tatacara menghasilkan WhatsApp Group untuk setiap Leader dan Affiliate

Tatacara Menghasilkan WhatsApp Group Leader Azzahra Bidara

🀝 KOMUNIKASI β€’ BIMBINGAN β€’ KERJASAMA β€’ UKHUWAH

Gunakan WhatsApp Group dengan sebaiknya. Jangan malu untuk bertanya, berkongsi masalah atau berkongsi kejayaan. Kejayaan setiap Affiliate bukan sahaja menjadi pencapaian individu, malah boleh menjadi sumber semangat dan motivasi kepada seluruh ahli Kumpulan.

Jemputan untuk menjadi Affiliate Azzahra Bidara

πŸ“© Tatacara Semak Invitation Affiliate Azzahra Bidara di TikTok

Selepas anda membuat pembelian, pihak Azzahra Bidara akan menghantar Invitation Affiliate melalui TikTok. Invitation ini akan muncul dalam bahagian Inbox akaun TikTok anda. Ikuti langkah mudah berikut:

  1. πŸ“± Buka aplikasi TikTok dan masuk ke Profile anda.
  2. πŸ’¬ Tekan Inbox dan semak mesej yang diterima.
  3. πŸ”” Buka mesej daripada System Notifications.
  4. πŸ’° Di bahagian atas, pilih tab Monetization.
  5. 🀝 Cari dan buka mana-mana mesej Monetization – Collaborations.
  6. ⏳ Kemudian pilih tab In Progress.
  7. πŸ”Ž Cari dan pilih invitation daripada Azzahra Bidara.
  8. βž• Tekan butang Add untuk menerima dan menambah produk Azzahra Bidara ke akaun Affiliate anda.

Dah selesai! πŸŽ‰

Selepas menekan Add, produk Azzahra Bidara telah berjaya ditambahkan. Anda kini boleh meneruskan langkah seterusnya untuk menjalankan aktiviti sebagai Affiliate Azzahra Bidara.

Nota: Jangan risau jika invitation tidak terus kelihatan di halaman utama Inbox. Pastikan anda masuk melalui System Notifications β†’ Monetization β†’ Monetization – Collaborations β†’ In Progress untuk menyemaknya.

Tatacara memasukkan maklumat Akaun Bank Anda di TikTok

Untuk keluarkan komisen jualan di TikTok, Affiliate perlu terlebih dahulu tambah akaun bank melalui laman TikTok Balance (secure). Masukkan nama dan nombor akaun bank dengan tepat, serta pastikan nama pemilik akaun sepadan dengan maklumat TikTok. Selepas disahkan, komisen boleh dikeluarkan mengikut syarat dan jadual pembayaran TikTok.

LANGKAH 1
Buka aplikasi TikTok dan pergi ke Profile.

LANGKAH 2
Tekan pada Balance.

LANGKAH 3
Tekan menu ☰.

LANGKAH 4
Tekan pada >.

LANGKAH 5
Klik pada ikon ...

LANGKAH 6
Pilih Payout methods.

LANGKAH 7
Pilih Bank Transfer.

LANGKAH 8
TikTok akan hantar pengesahan OTP di WhatsApp bagi yang Log in melalui nombor telefon atau pengesahan OTP di email anda, bagi yang Log in dengan mail. Masukkan OTP yang diterima.

LANGKAH 9
Masukkan butiran Bank anda.

NOTA PENTING:
Gunakan akaun bank yang aktif. Jangan kongsikan PIN, kata laluan atau OTP kepada sesiapa.

Untuk panduan tatacara setup Akaun Bank untuk pengeluaran dari Akaun TikTok, rujuk Video tutorial di bawah.

Info Grafik tatacara setup Akaun Bank untuk pengeluaran di TikTok.

Info Grafik tatacara setup Akaun Bank untuk pengeluaran di TikTok

🌿 PENUTUP – BERMULA KECIL, BERKEMBANG BERSAMA

Infografik Penutup

Sampai di sini, pastinya anda sudah mendapat gambaran bagaimana Program Infaq dan Kongsi Rezeki : Fasa Pengenalan ini dijalankan. Konsepnya mudah. Mulakan dengan langkah kecil : fahami program, pelajari cara pemasaran dan usahakan 5 jualan pertama anda.

Apabila rangkaian mula terbentuk, bantu dan bimbing Affiliate di bawah anda untuk melakukan perkara yang sama. Dari situlah rangkaian boleh berkembang sedikit demi sedikit. 🌱

Program ini bukan sekadar tentang infaq komisyen mahupun infaq. Kita mahu membina rangkaian yang saling membantu, berkongsi ilmu, memberi bimbingan dan membuka peluang kepada orang lain. Tak perlu tergesa-gesa. Mulakan seorang demi seorang sehingga lengkap rangkaian anda. 🀝

Hasil setiap individu mungkin berbeza bergantung kepada usaha, jualan dan perkembangan rangkaian masing-masing. Tiada pendapatan yang dijamin. Insya-Allah, dengan usaha yang konsisten dan semangat untuk saling membantu, sesuatu yang bermula kecil boleh berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar. 🌿 Mulakan langkah anda, bina rangkaian anda dan sama-sama kita berkongsi peluang serta rezeki.

πŸ“Œ NOTA PENTING UNTUK LEADER

Leader yang menerima infaq sehingga RM1,350.00 di dalam Program Infaq dan Kongsi Rezeki : Fasa Pengenalan dipelawa untuk membuat pembelian amal set produk Azzahra Bidara berikutnya, iaitu AZZAHRA BIDARA AROMATIC BALM

🌿 PROGRAM INFAQ DAN KONGSI REZEKI : FASA PERMULAAN

Pembeli Azzahra Bidara Aromatic Balm boleh memilih untuk mengikuti Fasa Permulaan secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

Berdasarkan struktur 5 jualan bagi setiap Affiliate:

Potensi Infaq Affiliate
RM200.00 Γ— 5 = RM1,000.00

Potensi Infaq Leader
RM500.00 Γ— 25 = RM12,500.00

Jumlah Potensi Infaq
RM1,000.00 + RM12,500.00 = RM13,500.00

Jumlah RM13,500.00 merupakan pengiraan matematik sekiranya semua peserta memilih untuk menyalurkan Infaq. Infaq adalah sukarela dan jumlah tersebut bukan pendapatan atau pulangan yang dijamin.

πŸ“² BERMINAT UNTUK MENERUSKAN KE FASA PERMULAAN?

Hubungi Leader anda untuk mendapatkan penerangan, syarat dan maklumat selanjutnya sebelum membuat pembelian.

πŸ’œ AZZARA BIDARA : BERMULA DARI FASA PENGENALAN
BERKEMBANG SECARA BERSAMA KE FASA PERMULAAN

Terima Kasih, Wassalam